KDN Nafi Lantik Perantara Uruskan Permohonan Pekerja Asing

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan bahawa kementerian tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai perantara atau orang tengah bagi memudahkan urusan permohonan pekerja asing.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff berkata sebarang permohonan pekerja asing perlu diuruskan secara terus oleh majikan.
 
"Justeru, jika ada pihak yang mengaku sebagai agen atau wakil kementerian maka ia adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Khalid berkata KDN sentiasa memandang serius terhadap sebarang dakwaan dan aduan orang ramai mengenai penglibatan sindiket atau mana-mana agen yang menawarkan permohonan pekerja asing kepada majikan.
 
"Sekali lagi KDN menegaskan tidak akan berkompromni dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan yang tidak berintegriti ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: KDN , pekerja asing

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan