JPP Diarah Siasat Insiden Kekecohan Dalam Pemilihan Parti - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 4:37 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku dalam proses pemilihan parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan penuh perlu diadakan sekiranya terdapat cacat cela dalam proses pengundian termasuk penipuan, gansterisme dan disiplin.

Beliau berkata, insiden kekerasan dan gansterisme ini didakwa melibatkan anggota parti baharu juga bukan ahli.

"Pimpinan parti amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gansterisme yang berlaku, terutama sewaktu proses pengundian di Selangor.

"Kita tidak akan teragak-agak membatalkan keahlian sekiranya terbukti pelanggaran (disiplin dan peraturan) berlaku," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Pada Khamis, lapan anggota parti digantung keahliannya di mana sebahagiannya kerana mengkritik atau membuat aduan berkaitan parti menerusi media tanpa menggunakan saluran parti.

Anwar berkata, difahamkan ramai yang terlibat dengan insiden kekerasan ini di kalangan anggota baharu sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac lalu.

"Didapati juga terdapat bukan anggota parti yang menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian," katanya.

Beliau mendakwa bahawa berdasarkan maklumat yang diterima terdapat bukti video dan foto berkenaan insiden kekecohan itu.

"Pimpinan parti telah mengarahkan JPP dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan keras mesti diambil.

"Kita akan mendedahkan bukti video ini kepada umum selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat menjalankan siasatan. Pada pendapat saya, bukti video ini disiarkan secara telus," katanya.

Ditanya mengenai pembaharuan perlu dilakukan oleh JPP, Anwar berkata, pemilihan kali ini lebih baik berbanding 2010 namun penambahbaikan akan dibincangkan selepas pemilihan.

"Kita berlajar daripada pemilihan 2010. Pemilihan kali diberikan kebebasan penuh tetapi kita tidak menjangkankan jumlah anggota yang mengundi begitu ramai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan