Calon Bebas Cabar Pemimpin PAS Bersemuka

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar mencabar pucuk pimpinan PAS supaya bertemu dengannya dan membuat pengesahan mengenai ketulenan sijil keahlian seumur hidup parti itu yang menjadi pertikaian ketika ini.

"Saya minta mereka (pucuk pimpinan PAS) bersemuka dengan saya. Saya akan buktikan (keahlian) bersama 58 ahli lain yang di kawasan Gombak yang diberikan sijil sama.

"Kalau mereka kata saya bukan ahli PAS, individu yang memberikan sijil itu dari parti mana? Individu yang tandatangan sijil itu adalah Allahyarham Cikgu Radhi Yusof iaitu setiausaha PAS cawangan Gombak," katanya kepada pemberita di Balai Polis Bandar Baru Air Itam di sini Jumaat.

Malah, beliau sekali lagi menyangkal dakwaan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang terus menafikan beliau sebagai ahli parti itu.

"Saya adalah ahli PAS di kawasan Gombak. Kalau mereka pemimpin PAS, sepatutnya memberi sokongan pada ahli sendiri, bukan sokong Ramkarpal yang menentang hudud," katanya.

Sehingga hari ini, beliau  mengesahkan belum menerima sebarang surat (mengenai status keahliannya) daripada jawatankuasa disiplin parti selepas tindakannya didakwa bertentangan dengan pendirian PAS.

"Saya tidak terima apa-apa surat atau panggilan daripada pemimpin PAS sehingga hari ini. Tidak ada apa-apa tindakan dikenakan, " katanya.

Mohamed Nabi yang juga bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 25 Mei ini walaupun PAS menyokong pencalonan Ramkarpal dari parti DAP.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui tidak pernah melihat muka atau mengenali Mohamed Nabi sebelum ini.
Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan