Anjing Terkena Panah Akhirnya Mati

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seekor anjing terbiar yang dipanah dengan dua anak panah oleh seorang lelaki di Balakong pada Selasa lalu mati akibat demam panas di sebuah klinik veterinar yang merawatnya.

"Ia mati akibat demam panas yang teruk dan ini benar-benar mengecewakan kami," seperti dipetik Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) di laman Facebook mereka pada Jumaat.

"Doktor telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun anjing tersebut teralu lemah dan sangat trauma dengan apa yang menimpa dirinya," kata MDDB, yang telah mengambil seekor kanin selepas insiden itu dan menamakannya Brianna. 

"Anjing ini benar-benar sakit, keadaan Brianna semakin serius dan trauma," kata MDDB, yang mengambil seekor anjing kanin selepas insiden tersebut dan menamakannnya Brianna. 

Lelaki yang menembak anjing tersebut dengan dua anak panah berkata dia bertindak secara tidak sedar untuk melindungi tiga orang anaknya. 

"Daripada ujian darah yang diambil ketika anjing tersebut tiba menunjukkan sebahagian daripada darah anjing tersebut adalah normal. 

"Anjing tersebut berada dalam keadaan yang sangat lemah, sakit, dan kekurangan zat makanan. Dan ia telah ditinggalkan untuk seketika."

Ketua Polis Daerah Kajang, Rashid Abdul Wahab berkata polis telah selesai menjalankan siasatan dan kertas siasatan telah pun dihantar ke Bukit Aman, walaupun beliau enggan berterus-terang sama ada lelaki berkenaan akan didakwa atau tidak. 

Sementara itu, pakar veterinar yang merawat anjing tersebut berkata haiwan berkenaan memang sudah sakit sebelum tiba di sini. 

"Keputusan daripada ujian darah yang diambil menunjukkan hanya suku sahaja darah anjing tersebut adalah normal. 

"Keadaan anjing tersebut sangat lemah, sakit dan tidak mempunyai zat makanan. Ia telah agak lama terbiar."

Beliau berkata terdapat seekor anjing kacukan, Roottweile. Rottweilers merupakan anjing yang besar dan menakutkan. 

"Saya boleh faham lelaki tersebut cuba melindungi keluarganya, namun dengan memanah anjing adalah tidak perlu. 

"Ia tidak seharusnya berlaku," kata doktor veterina yang enggan dikenali. 

"Bekas pemilik anjing terebut wajar dipertanggungjawab," katanya. 
Tags / Kata Kunci: anjing terkena panah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan