TPM Lega, Syukur Kemelut Politik Terengganu Selesai - Berita Semasa | mStar

TPM Lega, Syukur Kemelut Politik Terengganu Selesai

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 12:53 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur dan lega apabila kemelut politik di Terengganu dapat diselesaikan dalam tempoh paling singkat.

"Mungkin ada sedikit salah faham tapi yang mustahaknya ia dapat diselesaikan kerana kita tidak mahu ia berlarutan," katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Pavilion Malaysia untuk Ekspo Milano Italy 2015 (Malaysian Pavillion For The Expo Milano 2015) di sini, Khamis.

Kemelut di Terengganu bermula ekoran pengumuman bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal keluar Umno selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu.

Berikutan itu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Langkah Ahmad disusuli oleh Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.

Bagaimanapun, Ahmad, Ghazali dan Roslee kembali ke pangkuan Umno dan isu itu dianggap selesai semalam.

Muhyiddin berkata apa yang penting Barisan Nasional (BN) masih mantap serta masih mempunyai mandat untuk terus mentadbir negeri berkenaan.

"Alhamdulillah, semua wakil rakyat telah kembali bersatu. Sekarang yang penting adalah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk terus membangunkan Terengganu menjadi sebahagian komponen penting kepada negara.

"Kita juga harap pimpinan politik yang tidak menjadi wakil rakyat seperti ketua-ketua bahagian,pemimpin wanita, pemuda dan puteri untuk turut bersama-sama berganding bahu," katanya.

Beliau berkata, dengan berakhirnya kemelut politik di Terengganu, Menteri Besar yang baharu dapat mengambil alih pentadbiran dengan licin selain turut memberi kelegaan kepada rakyat.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan