Serangan Ke Atas Rahib Di Seremban Menyedihkan - PM

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 9:45 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan serangan dan perbuatan menyamun dua orang rahib di Seremban pada Rabu sebagai menyedihkan dan tidak berhati perut.

Beliau berkata pihak polis komited dalam mencari pelakunya dan membawa mereka ke muka pengadilan.

"Saya berharap Sister Julianna Lim dan Sister Marie Rose segera sembuh," katanya dalam akaun Facebook beliau Khamis.

Sister Julianna Lim, 69, dan Sister Marie Rose alias Theresa Teng, 79, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.

Mereka didapati tidak sedarkan diri di pintu masuk gereja. Kedua-duanya baru tiba dari rumah dan hendak memasuki gereja apabila diserang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh hari ini berkata samun merupakan motif serangan dan bukan berpunca daripada jenayah kebencian.

Beliau berkata beg kedua-dua rahib itu yang hanya mengandungi sedikit wang dan telefon bimbit hilang dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai sengaja mendatangkan kecederaan semasa menyamun.

Lim yang cedera ringan di kepada dan muka masih bergantung kepada alat pernafasan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan masih belum sedarkan diri sementara Marie Rose telah sedar.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , rahib

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan