Tiada Hukum Hudud Untuk Sarawak - Adenan

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 11:54 PM

Adenan Satem

Adenan Satem

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak dan kerajaan negeri juga tidak akan membenarkan sebarang kitab Bible dirampas di negeri itu.

"Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak dan kita harus berhenti daripada mencanangkan mengenai perkara itu sekarang," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau juga menegur wakil DAP dan PKR di dewan untuk membuktikan sokongan mereka terhadap pendirian kerajaan negeri dalam dua isu berkenaan dengan keluar daripada pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat, yang turut membabitkan PAS.

Beliau berkata kerajaan negeri memberi jaminan untuk terus melindungi hak-hak perlembagaan Sarawak dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kepentingan khas negeri ini.

"Yakinlah bahawa sebarang cadangan untuk meminda atau membuang mana-mana hak yang termaktub dalam Perlembagaan akan dibawa oleh kerajaan negeri kepada perhatian dewan ini untuk perbincangan dan pengesahannya akan dimohon," katanya.

Adenan berkata hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu ditadbir bukan sahaja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia tetapi juga berlandaskan semangat di mana peruntukan perlembagaan ini telah digubal sebelum pembentukan Malaysia.

"Ia tidak boleh dinafikan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada Sarawak di bawah Perlembagaan mewajarkan kuasa autonomi dalam soal kewangan, perundangan dan pentadbiran yang tidak dinikmati oleh negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia," katanya.
Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , Sarawak , hudud

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan