Polis Kedah Tingkat Kawalan Di Sempadan, Elak Pergolakan Thailand Menular

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 12:44 PM

Ahmad Ibrahim (bermotosikal depan) mengetuai konvoi motosikal sempena peringatan Hari Polis ke-207 di perkarangan IPK Kedah, Khamis.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah kini mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku berikutan beberapa siri serangan yang berlaku di Thailand.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kawalan ketat  dilakukan di pintu sempadan, selain penambahan bilangan anggota polis sebagai persediaan sekiranya ketegangan yang sedang berlaku di Thailand menular ke Malaysia.

"Perkara ini memang sudah biasa berlaku. Bagi pihak polis Kedah, kita sudah mempunyai mekanisme sendiri untuk mengawal keadaan kerana tidak mahu kejadian yang berlaku di sana menular hingga ke negara kita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Khamis.

Katanya setakat ini, pihaknya sudah meletakkan bahagian risikan di sempadan Kedah-Thailand dan kawalan serta pemantauan berjalan seperti biasa.

"Saya yakin kita mampu untuk mengawal keadaan sempadan dan setakat ini kita tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat," katanya.

Katanya, pihak polis dan semua agensi kerajaan yang berkaitan turut bekerjasama bagi membanteras sebarang jenis jenayah daripada berlaku di sekitar pintu sempadan.

Pada 6 Mei lalu, dua siri letupan bom berlaku di Hat Yai, bandar di selatan Thailand yang mengakibatkan 13 orang cedera dan beberapa kenderaan musnah.

Ahmad sebelum itu merasmikan Konvoi Motosikal sempena Sambutan Hari Polis ke-207.

Konvoi itu disertai lebih 100 pegawai polis dan orang awam yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan biasa yang akan menuju ke Lumut, Perak.

Tags / Kata Kunci: PDRM , Kedah , Thailand , Datuk Ahmad Ibrahim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan