Pemilihan PKR: Manikavasagam Dakwa Tidak Dimaklumkan Mengenai Penggantungan

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 2:32 PM

S.Manikavasagam.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa beliau tidak pasti sama ada keahliannya telah digantung kerana dia tidak pernah dimaklumkan secara formal mengenainya. 

Beliau yang bertanding satu lawan satu menentang Tan Sri Khalid Ibrahim bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, mendakwa dia hanya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakannya pada Khamis yang memaklumkan dia tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung. 

"Saya tidak pasti mengenai kedudukan dalam parti sekarang namun sekiranya benar saya dipecat atau digantung, tiada seorang pun penyokong daripada kem saya akan bertanding dalam pemilihan semula yang akan diadakan," katanya pada Khamis. 

Difahamkan Manikavasagam telah digantung selepas mendakwa Menteri Besar, melalui kumpulan penyokongnya telah memberikan sogokan sebanyak RM50 kepada setiap pengundi untuk meraih sokongan. 

"Saya tidak cakap orang yang beri duit itu Khalid. Saya hanya kata yang lakukan perkara ini adalah orang beliau," katanya. 

Bekas Ahli Parlimen Kampar itu turut mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jawatankuasa Pemilihan Parti kerana tidak memberikan pendirian yang jelas walaupun laporan tersebut telah menjadi isu di media. 

Manikavasagam, yang juga ahli PKR seumur hidup berkata dua akan menunggu surat rasmi sebelum membuat kenyataan untuk tindakan selanjutnya yang akan diambil. 

Pada malam Rabu, biro politik PKR yang mengadakan mesyuarat membincangkan beberapa perkara termasuk pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuk pemilihan 12 daripada 22 Cabang yang telah digantung Ahad lalu. 

Khalid bagaimanapun, enggan mengulas mengenai perkara yang berbangkit dalam mesyuarat tersebut sebaliknya beliau memberitahu media Anwar akan membuat pengumuman tidak lama lagi dan ahli parti sudah dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai mesyuarat tersebut. 
Tags / Kata Kunci: pemilihan PKR , Manikavasagam

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan