Khalid Menang Ketua Cabang, Manikavasagam Digantung Keahlian

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan jawatan sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor apabila pencabarnya, S.Manikavasagam tidak layak bertanding pada pemilihan parti kerana keahliannya digantung, berkuatkuasa serta merta.

Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menggantung keahlian enam lagi ahli parti, termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu, Mustapha Mohd Talib kerana melanggar peraturan kempen pada pemilihan parti itu.

Sebahagian daripadanya digantung hanya kerana mengkritik atau membuat aduan berkaitan parti menerusi media tanpa menggunakan saluran parti.

Diminta mengulas keputusan itu, bekas Ahli Parlimen Kapar yang juga anggota seumur hidup PKR itu tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan menganggap ia tidak adil.

Malah, beliau tidak pasti kedudukannya dalam parti sama ada digantung ataupun dipecat ekoran kenyataannya sebelum ini.

Sebelum ini, beliau mendakwa seorang daripada pegawai menteri besar Selangor memberi suapan sehingga RM50 kepada pengundi untuk membantu Abdul Khalid menang jawatan ketua bahagian cabang PKR Kuala Selangor.

Kenyataannya ini disiarkan media arus perdana, termasuk TV1, TV3 dan Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menafikan penglibatannya membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR.

Manikavasagam berkata, pihak yang menjalankan siasatan langsung tidak mendengar penjelasannya berhubung perkara itu, sebaliknya terus mengenakan tindakan.

"Saya mengikut cara Anwar Ibrahim memperjuangkan demokrasi dan memerangi rasuah, tetapi nampaknya tiada demokrasi dalam parti ini.

"Bukan saya seorang yang bercakap dengan wartawan, malah dia (Abdul Khalid) juga bercakap dengan wartawan, kenapa dia tidak digantung," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Khalid enggan mengulas mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu pada Rabu, sebaliknya hanya memaklumkan Penasihat PKR, Datu Seri Anwar Ibrahim akan membuat kenyataan rasmi mengenai tarikh pemilihan semula di 27 cabang PKR Selangor yang ditangguhkan pemilihannya.

Abdul Khalid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadirinya dan antara lain membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor. 


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan