Saya Setia Kepada Pemimpin Umno - Ghazali Taib

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 10:42 PM

Ghazali ketika mengadakan sidang media, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: "Saya akan setia dan taat kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagaimana saya setia dan taat kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said," kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib.

Ghazali membuat pengakuan itu dalam sidang media, Khamis selepas menghilangkan diri sepanjang kemelut politik di Terengganu.

"Sikap ambil berat yang ditunjukkan Ahmad Razif kepada kami sangat menyentuh hati saya dan kekeliruan yang berlaku tidak sesekali akan menghancurkan persahabatan antara kami, apatah lagi kami berkecimpung dalam bidang yang sama iaitu pendidikan.

"Banyak kali Ahmad Razif menghubungi saya tetapi saya enggan jawab semua panggilan dalam tempoh itu sehinggalah beliau meninggalkan mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) - please, you are my friend.

"Apabila saya menghubungi Ahmad Razif, soalan pertama yang ditanya pada saya ialah - bagaimana keadaan Datuk Seri (Ahmad Said)...dia sihat ke?...you tolong saya, tengokkan Datuk Mad...ketika itulah dapat saya rasakan hubungan yang sangat erat antara kami yang akhirnya membawa kami kembali ke pangkuan Umno," katanya.

Mengulas lanjut Ghazali berkata Ahmad Razif menggunakan pendekatan psikologi dan mengakui kewibawaannya sebagai pemimpin hebat dalam menangani kemelut itu.

"Saya secara peribadi telah berjumpa Menteri Besar baharu dan menyatakan sokongan serta harapan saya dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran negeri selepas ini.

"Ahmad Said juga berpesan kepada saya tiga perkara iaitu beri perkhidmatan kepada Ahmad Razif seperti mana saya beri kepada beliau, kedua lakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan dan yang ketiga pastikan kesetiaan itu sama seperti yang saya berikan kepada beliau sebelum ini," katanya.

Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas juga menegaskan keputusan dia kembali kepada Umno adalah atas prinsip sayangkan perjuangan parti dan menafikan tindakan beliau itu ada kaitan dengan sebarang tawaran baharu daripada pucuk pimpinan parti di peringkat pusat dan negeri.

"Saya tidak ada diberi apa-apa jaminan atau jawatan sebaliknya ini adalah atas prinsip betapa saya sayangkan perjuangan parti...saya dan Datuk Seri Ahmad Said tidak akan sesekali menjual Umno.

"Bukan jawatan yang saya cari, kalau jawatan yang saya cari, saya dah tinggalkan Ahmad Said, sebaliknya saya setia bersama beliau yang pernah menjadi bos saya..ini adalah soal kemanusiaan..saya tak sanggup tinggalkan dia dalam keadaan dia begitu sedih dan tertekan dengan peristiwa itu," katanya.

Ghazali berkata beliau mahu fokus kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Ahmad Said sebelum ini untuk membangunkan bandar baharu Ajil.

Beliau berkata Ahmad Razif juga telah memaklumkan kepadanya untuk meneruskan beberapa projek pembangunan di Ajil yang telah dirancang sebelum ini dan mahu beliau fokus bidang pendidikan di Terengganu.

Ghazali, Adun terakhir tampil memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda politik Terengganu dua hari lepas.

Ahmad pada Isnin lepas, meletakkan jawatan menteri besar Terengganu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu.

Pada sebelah malamnya, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik dan mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, pada hari sama mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, diikuti Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Bagaimanapun, mereka kembali ke pangkuan Umno dan isu itu dianggap selesai semalam.
Tags / Kata Kunci: Ghazali Taib , Ahmad Razif

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan