Pemilihan PKR: Azmin Terlepas Lagi

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan dakwaan penipuan undi semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi terlepas daripada sebarang tuduhan, sama seperti yang berlaku pada 2010.

Bukan itu sahaja, calon jawatan Timbalan Presiden itu juga bebas daripada apa-apa kesalahan walaupun secara terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang disifatkan gagal mengendalikan proses pengundian dengan berkesan.

Turut terselamat daripada tindakan disiplin ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga calon Timbalan Presiden kerana tuduhan politik wang.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin PKR yang dipengerusikan Datuk Dr Tan Kee Kwong mensabitkan kesalahan dengan menggantung lapan anggota bawahan parti itu atas pelbagai kesalahan.

Salah seorang daripada mereka yang didapati bersalah ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mustapha Mohd Talib kerana mengugut pembantu khas kepada lawan Abdul Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

"Beliau melalui satu perbualan telefon membuat ugutan terhadap Faridah, pembantu khas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai penyelaras DUN berkenaan," kata Dr Tan menerusi kenyataan pada Khamis.


Abdul Khalid dan Manikavasagam masing-masing bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Lebih merumitkan, Manikavasagam sendiri turut menerima padah dan digantung keahlian kerana membuat kenyataan terbuka mendakwa Abdul Khalid terlibat dalam rasuah politik dan disiarkan media arus perdana termasuk portal berita.

Seorang lagi ahli Cabang Kuala Selangor yang turut digantung ialah V. Bobinath kerana mengkritik JPP secara terbuka dan menerima liputan media.

Lima lagi ahli yang menerima hukuman ialah Monniza @ Sarimah Abdul Ghani (Kapar), Md Yusop Kamaruddin (Pasir Salak), K. Gunasekaran (Hulu Selangor), Noor Azman Samsuri (Tanjung Karang) dan Ahmad Jufliz Faiza (Setiawangsa).

Menurut Dr Tan, kesemua keputusan berkaitan salah laku ketika pemilihan parti itu dibentang dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung pada Rabu dan dipengerusikan Azmin.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan