Trafik KLIA2 Sesak Ketika Cuti Wesak

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 48 jam lalu dan cuti Wesak, KLIA2 menyaksikan pergerakan trafik paling tinggi, mencatat hampir 160,000 penumpang untuk lebih 900 penerbangan.

"Ini adalah penunjuk yang baik mengenai prestasi sihat trafik oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2 dan ia juga konsisten dengan jangkaan Malaysia Airports Holdings Bhd untuk mencacat 24 juta penumpang dalam tempoh 12 bulan pertama ia beroperasi di klia2," kata MAHB dalam satu kenyataan, Rabu.

Malaysia Airports juga menyaksikan prestasi stabil dan sangat baik daripada operasi penerbangan dan lapangan terbang dan rekod prestasi tepati masa (OTP) menunjukkan 88 peratus beg ketibaan dihantar dalam tempoh 15 minit daripada masa sebenar ketibaan.

Penyambungan jambatan udara juga tepat pada masanya dengan 98 peratus jambatan udara disambung dalam tempoh dua minit pesawat di parkir di pintu.

Peruntukan ruang dan pintu juga telah bertambah baik kepada hanya pertukaran sembilan ruang pada 13 Mei dan tidak ada pertukaran ruang sehingga tengah hari, Rabu.

"Tawaran komersil di terminal KLIA2 juga bertambah baik dengan 105 ruang niaga dibuka untuk orang ramai dan daripada jumlah itu, 35 adalah makanan dan minuman (F&B) di seluruh terminal sama ada di jeti pelepasan domestik atau antarabangsa.

"Ada 12 ruang niaga F&B di dewan berlepas, sembilan di jeti domestik dan 14 di jeti antarabangsa."
Tags / Kata Kunci: KLIA2 , sesak , Wesak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan