Tiada Rombakan Barisan Exco Di Terengganu - Ahmad Razif

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 9:02 PM

AHMAD RAZIF

Ahmad Razif

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiada rombakan ahli-ahli exco negeri berikutan pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mana matlamat utama beliau sekarang ialah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Terengganu.

"Saya tidak merasakan bahawa terdapat keperluan untuk membuat perubahan besar, terutamanya dengan barisan exco negeri semasa.

"Saya sedar mengenai keadaan semasa di negeri ini, jadi membuat perubahan drastik tidak akan menguntungkan sesiapa," katanya pada sidang akhbar pertamanya sejak dilantik ke jawatan itu.

Walaupun Terengganu berdepan kemelut politik dengan siri peletakan jawatan beberapa Ahli Dewan Undangan (yang telah pun menarik balik keputusan mereka), ​​Ahmad Razif tetap mula menerajui negeri di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu tanpa halangan.

Adun Seberang Takir ini mencatatkan waktu kerjanya pertama kali pada pukul 7.45 pagi di tingkat enam Wisma Darul Iman, yang menempatkan ibu pejabat kerajaan negeri.

"Saya berharap dapat berkhidmat kepada rakyat. Tidak ada gunanya saya melambatkan pengambil alihan sebagai Menteri Besar secara rasmi kerana saya telah bersedia untuk berkhidmat," kata beliau.

Sambil menafikan sebarang kemungkinan kemelut politik dalam Umno dan Barisan Nasional di Terengganu pada masa akan datang, beliau berharap "untuk bekerjasama dengan semua pihak ".

Beliau juga menegaskan bahawa ketiga-tiga Adun yang meletak jawatan termasuk pendahulunya Datuk Seri Ahmad Said, masih lagi ahli Umno.

"Speaker Dewan Undangan Negeri Speaker tidak menerima sebarang surat rasmi (peletakan jawatan). Saya rasa bahawa tidak ada krisis dalam parti. Ia hanya satu persepsi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan