DUN Tidak Dibubar, BN Terus Tadbir Terengganu - MB

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 8:22 AM

Ahmad Razif Abdul Rahman

Ahmad Razif Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan bahawa tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah negeri itu dengan majoriti 16 kerusi.

Beliau berkata, setakat ini, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong masih belum menerima secara rasmi surat yang memaklumkan tiga Adun BN itu mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas.

"Perkara itu masih belum sahih...kita masih dalam keadaan stabil, BN masih memerintah...apa yang berlaku ada yang tersirat dan akan menguatkan lagi kepimpinan kerajaan Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi pertamanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu dengan mengetip kad perakam waktu pada 7.43 pagi, Rabu.

Ditanya sama ada tiga Adun terbabit turut serta dalam perjumpaan bersama Perdana Menteri itu, Ahmad Razif bagaimanapun berkata beliau tidak tahu dan secara peribadi, masih belum berjumpa dengan tiga Adun terbabit.

Pada Isnin dan Selasa, tiga Adun BN mengisytihar keluar daripada Umno untuk menjadi wakil rakyat bebas selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar baharu.

Tiga Adun berkenaan ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Bagaimanapun, Roslee menarik balik perisytiharan keluar Umno dan kembali menjadi wakil rakyat BN dan perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee.

Ditanya apa tindakan beliau dalam menangani kemelut politik di negeri itu, beliau menegaskan akan menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sekali gus menepis pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Terengganu berjalan seperti biasa.


Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).



iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan