Pelantikan Bukan Tergesa-Gesa - Ahmad Razif

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 5:51 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu bagi menyelesaikan kemelut politik di Terengganu di Bangunan Perdana Putra, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pelantikannya tidak dibuat tergesa-gesa sebaliknya mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.

Turut menyertai beliau dalam pertemuan kira-kira sejam itu berkaitan perkembangan di Terengganu ialah 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dan Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.

Ahmad Razif, 49, Adun Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan itu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dilaporkan bertindak keluar Umno, diikuti Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud untuk menjadi wakil Bebas.

Roslee bagaimanapun dilaporkan kembali kepada Umno dalam tempoh kurang 24 jam dari laporan itu dan beliau adalah antara Adun yang menyertai pertemuan bersama perdana menteri hari ini.

Ahmad Razif berkata tiada rombakan exco atau speaker akan dilakukan.

Ditanya tentang pertemuan dengan perdana menteri, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan