Malaysia Perlu Susun Semula Subsidi Untuk Yang Kurang Bernasib Baik - PM

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 11:02 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula dengan efektif strategi pembahagian subsidi kepada golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.

"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata Perdana Menteri dalam Twitternya malam Rabu.

Najib mengulas laporan Bloomberg berjudul 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan untuk golongan Termiskin,' kata Bank Dunia.

Laporan itu berkata subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan dari Mesir hingga Malaysia dari melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang akan membantu golongan miskin, kata bank itu dalam laporan yang disiarkan hari ini.

Laporan itu menjelaskan subsidi minyak adalah tertinggi di Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (GDP), kata bank itu.

Ini berbanding satu (1) peratus dari GDP yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat, tambah laporan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan