Kemelut Politik Terengganu Hampir Selesai

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 6:03 PM

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu yang baharu pada Isnin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemelut politik Terengganu yang tercetus daripada pengumuman bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said keluar Umno kini hampir selesai, kata Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau berkata menerusi perbualan telefon antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ahmad, apa yang berlaku dalam "dua tiga hari ini" dimaklumkan hampir selesai.

Katanya, Perdana Menteri mengesahkan menerima panggilan dan bercakap dengan Ahmad yang melahirkan kekesalan dengan apa yang berlaku.

Tengku Putera bercakap kepada media selepas menyertai Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada pertemuan dengan Perdana Menteri bersama 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di sini Rabu.

Pertemuan di Bangunan Perdana Putra itu membincangkan perkembangan politik terbaharu di Terengganu.

Tengku Putera berkata Ahmad dijangka mengumumkan "menarik balik apa yang telah berlaku dua tiga hari lepas".

Ahmad dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa sahaja sekarang, katanya.

Terengganu menjadi tumpuan selepas Ahmad yang juga Adun Kijal dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan menteri besar.

Berikutan itu, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan itu, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud juga dilaporkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun Roslee dilaporkan telah kembali kepada Umno pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Razif turut optimis bahawa dua lagi anggota DUN itu akan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

"Insyaallah, saya telah bekerja dengan Ahmad Said selama enam tahun dan saya yakin dia akan kembali bersama dengan kita," katanya.

Ahmad Razif berkata apa yang berlaku di Terengganu tidak seperti mana yang digembar-gemburkan dan apa yang berlaku dapat memantapkan kekuatan BN di Terengganu.

"Maka tugas saya kini adalah untuk memastikan bahawa kita akan beri keutamaan dengan merakyatkan dari segi pembangunan.

"Fokus kita pada pendidikan dan ekonomi negeri dapat dipacu dan menjadikan Terengganu negeri yang maju.

"Yang penting juga kita akan menyediakan persiapan untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih bersedia.

"Kita pastikan untuk mendapat kemenangan dan dapat jadikan Terengganu sebagai fixed deposit kepada BN seperti yang saya janjikan pada Perdana Menteri sebentar tadi," kata Ahmad Razif.

Beliau berkata Speaker DUN juga tidak menerima apa-apa kenyataan secara bertulis seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya percaya dengan diberi sedikit masa...untuk menyakinkan bahawa 17 DUN yang kita ada sebelum ini akan kita kekalkan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan