Kedudukan BN Terengganu Harus Dipertahan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 9:16 AM

hishammuddin
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu harus dipertahankan untuk memelihara mandat yang diberi rakyat kepada Umno pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Umno khususnya Umno Terengganu mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang wujud.

"Pada masa sama, semua pihak harus beri ruang dan masa untuk pucuk pimpinan parti menggunakan segala saluran yang ada bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya dalam kenyataan di sini, malam Selasa.

Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Hishammuddin berkata, Ahmad melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan keluar daripada parti kerana beliau sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.

"Justeru, tidak ada sebab untuk beliau bertindak begini sehingga tergamak mencemar imej parti," katanya dan menambah Umno Terengganu perlu sentiasa matang, setia dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan tatkala berhadapan kemelut politik ini.

Beliau berkata ketika Terengganu diperintah oleh pembangkang pada satu masa dahulu, banyak masalah rakyat tidak mampu diselesaikan dan ramai yang putus harapan.

"Oleh itu, jangan kita biarkan pisang berbuah dua kali dan rakyat berada dalam situasi sukar," kata Menteri Pertahanan dan juga pemangku Menteri Pengangkutan itu.

Hishammuddin yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Terengganu turut menyeru semua pihak agar rasional, bertindak bijak dan tidak mengambil keputusan melulu sehingga melangkaui kepentingan parti ketika berhadapan insiden terkini itu.

"Jangan terburu-buru atau melatah ketika kita berhadapan dengan ujian sebegini kerana pihak lawan sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan. Sebaliknya, marilah rapatkan barisan demi parti keramat ini khususnya Umno Terengganu," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan