Politik Terengganu: Ahmad, Ghazali Mengalah, Kembali Bersama Umno

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik akibat tindakan tiga wakil rakyatnya keluar Umno, jalan penyelesaian dicapai apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali bersama parti itu.

Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata walaupun kedua-duanya tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada tengah hari Rabu, keputusan sudah dibuat untuk mereka menarik balik surat keluar parti itu.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Ajil itu akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara itu di Kuala Terengganu, petang Rabu.

"Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu).

"Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat Umno negeri berkenaan di Perdana Putra di sini.

Pada pertemuan itu, seramai 14 wakil rakyat hadir kecuali Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad yang tidak sihat, selain Ahmad dan Ghazali.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Ghazali makin hampir mencapai kata putus untuk melakukan pusingan 'u' dengan menarik balik keputusan keluar Umno.

Ghazali mengemukakan surat keluar Umno pada hari sama Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berbuat demikian, iaitu malam Isnin.

Seterusnya,  Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengikut jejak mereka pada pagi Selasa. Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Roslee menarik balik keputusannya untuk keluar Umno.

Keputusan Ahmad dan Ghazali itu meletakkan Barisan Nasional (BN) kembali seperti asal iaitu 18 kerusi, termasuk Speaker berbanding Pakatan Rakyat 15, termasuk 14 kerusi PAS dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ditanya mengenai keahlian kedua-dua pemimpin itu, Ahmad Razif berkata, mereka masih ahli parti kerana surat rasmi memaklumkan mereka keluar Umno tidak diterima Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN),  Mohd Zubir Embong.

Selain itu, beliau juga menolak saranan PAS Terengganu supaya diadakan sidang DUN tergempar untuk mengetahui tahap sokongan kepada kerajaan BN di negeri itu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan