Pembanterasan Rasuah Lebih Penting Daripada Kedudukan - Ming Chak

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 2:30 PM

Daniel Li Ming Chak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) tidak memainkan peranan penting dalam usaha membanteras rasuah secara efektif pada masa kini.

Menurut Bekas Pengarah Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong Daniel Li Ming Chak, sebaliknya keberkesanan peranan yang dimainkan oleh individu yang mengetuai sesebuah agensi pencegahan rasuah adalah lebih penting daripada kedudukan. 

"Bagi saya angka adalah soal persepsi, mungkin ia boleh disalah tafsir. Berdasarkan pengalaman, secara mudah untuk menilai sebuah agensi itu berfungsi secara betul, bergantung kepada kerja yang telah dilaksanakan dan ia terletak kepada saiz agensi berkenaan. 

"Dengan sumber tenaga dan kewangan yang mencukupi, banyak penambahbaikan yang boleh dibuat. Keberkesanan sangat penting, bagaimana anda menilainya, ia agak sukar dibuat. Semuanya bergantung kepada persepsi masyarakat mengenainya," katanya kepada media selepas menyampaikan syarahan kepada peserta program sarjana pengajian pencegahan rasuah antarabangsa di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, Rabu. 

Menurutnya, untuk memastikan pelaksanaan sistem pencegahan rasuah bertindak secara efektif, barisan hadapan dalam sesebuah agensi perlu melaksanakan tugas tanpa rasa gentar dan takut kepada sesiapa. 

"Dalam menjalankan siasatan kes rasuah, ia perlu dilaksanakan tanpa rasa gentar kepada sesiapa dan itu sangat penting. Sistem itu sudah ada depan mata, sesiapa yang boleh tiru sistem berkenaan dan melakukan perubahan serta melaksanakan sistem tersebut di negara mereka, maka kamu akan berjaya. 

"Namun apa yang lebih penting adalah orang yang mengetuai agensi berkenaan dan pembuat polisi kerajaan," katanya.

Ming Chak berkata, agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), peguam negara dan serta mereka yang bekerja di barisan hadapan perlu meletakkan kepentingan membanteras rasuah dalam pemikiran serta bertindak secara tegas dan adil tanpa pilih kasih. 

Malaysia kini berada dikedudukan ke-53 dalam CPI pada 2013. 

Keputusan tersebut diumumkan oleh Trasnparency International-Malaysia (TI-M) pada Disember tahun lalu, menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-53 daripada 117 negara, dengan mencatatkan 50 daripada 100 mata dalam indeks berkenaan.
Tags / Kata Kunci: ICAC , SPRM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan