Ahmad Said Nafi Sengaja Lengahkan Tarikh Perkahwinan Anak Perempuan

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 10:27 PM

Ahmad Said

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja melengahkan tarikh perkahwinan anak perempuannya sehingga bulan Mei.

Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya telah ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan free pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media, Rabu di kediamannya di Teluk Kalong, di sini.

Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.

"Selepas 17 Mei di sini, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya lagi.

Ahmad berkata anak perempuannya turut trauma dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu Isnin lepas.

Ditanya sama ada beliau akan dilantik menjadi Senator selepas peletakan jawatan sebagai menteri besar, beliau berkata: "Tak payah fikir dulu. Selepas ini saya mahu berehat".

Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12 Mei lepas, dan berikutan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar yang baharu dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Ahmad yang kemudiannya mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini, bagaimanapun mengumumkan menarik kembali keputusannya itu hari ini.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Said , perkahwinan , anak perempuan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan