MH370: Agensi Penerbangan PBB Akan Tambah Baik Pengesanan Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 11:27 AM

Nancy Graham (tengah). Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MONTREAL: Agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa berkata, industri itu akan mula menambah baik pengesanan pesawat sementara badan berkenaan akan membangunkan standard wajib berkaitan perkara tersebut berikutan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagaimanapun tidak memberi sebarang tempoh mengenai bilakah piawaian terhadap pengesanan penerbangan tersebut akan berkuat kuasa, mencerminkan cabaran untuk menyampaikan perjanjian bersama industri dan kerajaan-kerajaan dari seluruh dunia berhubung masalah yang berpanjangan itu

"Satu standard akan mengambil masa, lebih lama. Proses kerjasama ini adalah panjang tetapi ia begitu penting," kata pengarah Biro Penerbangan Udara ICAO, Nancy Graham pada sidang media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta badan itu supaya mengamalkan pengesanan masa yang nyata terhadap pesawat awam dan langkah-langkah lain.

"Dalam era telefon pintar dan Internet mudah alih, pengesanan masa nyata pesawat komersial sudah lama ketinggalan," katanya dalam satu artikel dalam Wall Street Journal.

Najib turut mencadangkan perubahan sistem komunikasi pesawat sehingga mereka tidak boleh mematikannya ketika dalam penerbangan dan memanjangkan hayat bateri "kotak hitam", yang merekodkan perbualan kokpit dan data pesawat, untuk menjadikan mereka lebih mudah melakukan pencarian selepas nahas berlaku.

"Perubahan ini mungkin tidak dapat mengelakkan tragedi MH370 atau Air France 447," katanya, merujuk kepada penerbangan Air France yang terhempas dalam perjalanan ke Paris dari Brazil pada 2009. 

"Tetapi ia akan membuatkan sesuatu pesawat sukar untuk hilang begitu sahaja, dan lebih mudah untuk menjalankan pencarian mana-mana pesawat," katanya. - REUTERS

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan