Bubar DUN Penyelesaian Terbaik - Ahmad Atory

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah penyelesaian terbaik bagi menamatkan krisis politik yang melanda negeri itu selepas Barisan Nasional (BN) hilang majoriti untuk mentadbir kerajaan negeri.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkembangan terkini di Terengganu memaksa supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan negeri yang baharu mengikut Perlembagaan.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman kini berada dalam keadaan yang tidak stabil hingga boleh menjejaskan rakyat dan pembangunan negeri.

"Jika tidak lakukan pilihan raya semula, kerajaan negeri akan sentiasa bergolak. Jika tak nak bubar, Datuk Ahmad Razif boleh jadi Menteri Besar...tapi MB hanya pada nama.

"Beliau tak ada kuasa untuk luluskan akta dalam DUN. Malah agak mustahil untuk beliau bentang dan luluskan bajet untuk mentadbir negeri," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai perkembangan krisis politik Terengganu apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan keluar parti.

Turut mengikut jejak Ahmad adalah Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi.

Mereka mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas. Ternyata keputusan mereka mengubah senario politik negeri berkenaan dalam jangka masa singkat, kurang 24 jam.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi DUN termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.

BN masih menjadi kerajaan di Terengganu kerana mengikut Perlembagaan, Speaker DUN dikira sebagai sebahagian daripada kerajaan menjadikan nisbah terkini ialah 15:15:3.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory bagaimanapun berkata, BN masih mempunyai peluang untuk terus mengekalkan kuasanya di Terengganu walaupun tanpa perlu membubarkan DUN.

"Buat masa ini adalah mustahil nak pujuk Ahmad Said kembali kepada Umno. Jadi caranya ialah mungkin dua lagi rakannya itu boleh dipujuk supaya sembah mengadap kepada Sultan Terengganu dan nyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN," katanya.


 

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan