SPRM Siasat Dakwaan Salah Laku Pelantikan Syarikat HRDF

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan salah laku berhubung pelantikan syarikat penyedia latihan bagi program Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL) di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Pengarah Penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberitahu Bernama bahawa agensi itu akan menyiasat dakwaan itu daripada setiap sudut.
 
"Kami akan meneliti setiap aspek tentang dakwaan itu terutama jika berlaku amalan rasuah," kata beliau.

Mustafar diminta mengulas laporan mengenai dakwaan itu, yang didedahkan seorang pemberi maklumat, bahawa berlakunya salah laku dalam pelantikan syarikat penyedia latihan dan penyingkiran ketua pegawai eksekutifnya yang membantah pelantikan syarikat itu.

HRDF menguruskan kira-kira RM1 bilion caruman mandatori majikan bagi pembangunan modal insan.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi program meningkatkan kemahiran atau kemahiran semula yang antara lain meliputi RPL dan program Sijil Kemahiran Malaysia (MSC).

Sementara itu, Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Kementerian Sumber Manusia membuat pendedahan sepenuhnya mengenai fakta kes itu termasuk layanan yang dikatakan diberikan kepada syarikat terbabit.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata dengan RM1 bilion perlu diruskan, HRDF harus beroperasi secara telus dan bebas daripada amalan rasuah.
 
"Wang pembayar cukai tidak harus disalah guna atau disalah urus," kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Memandangkan perkara itu telah dilaporkan kepada SPRM, beliau mendesak SPRM menjalankan siasatan lengkap tanpa mengira kedudukan dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa rasa gentar.


Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan