Saya Minta Tangguh Lepas Majlis Kahwin Anak, Tetapi Ditolak - Ahmad Said

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 11:12 AM

Ahmad Said

Ahmad Said.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar dari parti Umno ekoran rasa tidak puas hati terhadap permintaannya untuk meletakkan jawatan itu selepas melangsungkan majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

Dilaporkan bahawa Ahmad Said memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia merupakan perkara peribadi.

Ahmad Said bertindak keluar dari Umno hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Terengganu pada Isnin.

Ahmad Said dalam Astro Awani pada Selasa dipetik sebagai berkata, beliau meminta untuk penangguhan bukan kerana tidak mahu tetapi mahu menunggu sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada Umno, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan," katanya lagi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Terdahulu, Najib memberi tempoh selama setahun kepada Ahmad Said memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas negeri itu menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei tahun lalu.

Difahamkan kira-kira dua minggu selepas PRU-13, Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun.

Selepas Ahmad Said, dua Adun lagi yang turut mengikut jejak beliau keluar dari Umno iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud, dengan masing-masing bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Perkembangan terbaharu mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu adalah 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3).


Tags / Kata Kunci: Ahmad Said , Menteri Besar Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan