GTP 2013 Memperluaskan Capaian Pelajar Pendidikan Khas

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:38 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tahun 2013 menyaksikan pelbagai inisiatif dan komitmen kerajaan dalam memperkasakan pendidikan khas bagi memastikan semua murid keperluan khas mendapat sokongan dan bantuan daripada semua aspek. 

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan merangkumkan program pendidikan khas setelah sesi makmal khas mendapati kurangnya usaha menyokong pembangunan pendidikan golongan itu. 

Inisiatif yang dijalankan adalah Program Pendidikan Inklusif secara Holistik yang meningkatkan kesedaran dan membudayakan pendidikan inklusif kepada semua, tanpa mengira status murid keperluan khas, bagi memastikan mereka mendapat sokongan dan bantuan dari semua aspek. 

Program Buddy iaitu program kelab bola sepak dilancarkan pada 24 Ogos 2013, disertai 10 sekolah rendah dan menengah di Lembah Klang yang membolehkan pelajar keperluan khas menyertai pelajar arus perdana menjalin persahabatan dan memupuk persefahaman lebih baik.

Sebanyak 292 pelajar pendidikan khas juga telah mengikuti pengajian di institusi vokasional terpilih di bawah Program Vokasional Pendidikan Khas untuk melengkapkan diri dengan kemahiran, pengetahuan dan pensijilan industri yang diiktiraf bagi mendapatkan pekerjaan. 

Kementerian Pelajaran (KPM) turut memberi jaminan akan mendapatkan lebih banyak tempat selepas memperoleh 220 tempat di lima negeri dalam pelbagai kursus tahun ini dengan pemilihan institusi pengajian dibuat mengikut kesesuaian kemudahan dan keupayaan untuk menjamin peluang pekerjaan. 

Bagi membantu pelajar ini menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan, KPM dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Care melaksanakan Program Peralihan Pekerjaan bermula Jun 2013 manakala portal iSayang dilaksanakan untuk menyediakan maklumat, saranan pembelajaran, sokongan dan maklumat majikan.

Tahun lalu juga menyaksikan geran permulaan diberikan kepada prasekolah yang menawarkan pendidikan khas, iaitu kepada 38 pusat prasekolah pendidikan khas berjumlah RM0.76 juta, manakala 75 pelajar keperluan khas menerima bantuan yuran yang diberikan kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah. 

Mengikut laporan itu juga sebanyak 16,102 atau 99.2 peratus prasekolah awam melengkapkan penilaian kendiri Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) yang diperkenalkan bagi mengukur dan memastikan lebih banyak prasekolah berkualiti di Malaysia.

Sebanyak 24 sekolah rendah dan sekolah menengah pula dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadikan sekolah yang menerima anugerah itu kepada 115 menjelang akhir 2013, dan mereka dipertanggungjawabkan menjadi mentor sekolah bukan SBT untuk meningkatkan sekolah tersebut. 

Tahun lalu juga menyaksikan 'subranking' baharu untuk pengetua sekolah yang direka khas agar penganugerahan Tawaran Baharu adalah saksama dan mudah dicapai, selain syarat baharu pemilihan pengetua dan guru besar yang dilaksanakan bermula Julai ini akan mementingkan merit daripada tempoh perkhidmatan. 

Mengikut laporan itu, Instrumen Penilaian Bersepadu (UI) di bawah inisiatif Piagam Baharu Guru direka untuk mewujudkan laluan kerjaya baharu berasaskan kompetensi terhadap semua 410,000 guru di Malaysia, dan hasil awal terhadap 101,535 guru yang dinilai, hanya tiga peratus perlu disokong untuk meningkatkan prestasi. 

Sesi Makmal Bahasa Inggeris pada September lalu juga menentukan langkah yang perlu diambil untuk memastikan guru mahir dan meningkatkan prestasi pelajar dalam bahasa itu, seperti mengetatkan syarat kemasukan untuk guru pelatih dan guru baharu. 

Guru juga perlu dipastikan mencapai band C1 pada skala 'Common European Framework of Reference for Languages' (CEFR) yang akan diikuti 9,000 guru bermula 2014, selain menempatkan semula guru kurang mahir dan mengisi jawatan kosong dengan guru profisien. 
 
Pada masa hadapan, tumpuan akan diberikan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid sekolah menengah menerusi pembelajaran dan pengajaran mengikut prestasi pelajar, selain membangunkan aktiviti kokurikulum untuk melengkapkan penguasaannya di sekolah 'hotspot' yang dikenal pasti.
 
NKRA pendidikan juga akan melancarkan 'dashboard' Pejabat Pendidikan Daerah pada 2014 dan akan terus menyediakan latihan pemulihan kepada baki 14,000 guru bahasa Inggeris bagi menyempurnakan inisiatif peningkatan bahasa itu mengikut perancangan. 

Tags / Kata Kunci: GTP , pendidikan khas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan