PAS Nafi Penyokong Halang Speaker DUN Terengganu Masuk Istana

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:44 PM

Abdul Wahid Endut.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: PAS menafikan khabar angin bahawa penyokong parti itu cuba menghalang speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu daripada memasuki istana pada Selasa.

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut memberi jaminan bahawa penyokong parti tidak akan mengambil jalan keluar dengan bertindak sedemikian.

"Itu bukan cara kita. Kontroversi semasa melibatkan pemimpin Barisan Nasional, bukannya kita," katanya kepada The Star pada Selasa. 

Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa jawatankuasa PAS negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pilihan parti memandangkan krisis politik semasa. 

"Kita akan menimbang pilihan kita dan membuat keputusan berdasarkan tindakan yang terbaik. Kita berharap orang ramai akan berhenti menyebarkan khabar angin," katanya.

Abdul Wahid, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam yang juga ketua pembangkang negeri turut menafikan bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dipelawa menyertai PAS.

"Kami lebih selesa untuk tidak terlibat dalam masalah Barisan Nasional," kata beliau.

Pada Isnin, Ahmad Said bertindak keluar dari parti hanya selepas beberapa jam beliau digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Tags / Kata Kunci: Abdul Wahid Endut , PAS , Barisan Nasional

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan