Ketua Pemuda Cawangan Dipecat Kerana Kritik Presiden MIC

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 11:26 AM

G Palanivel

Kritikan terhadap Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel (gambar) merupakan ketua pemuda cawangan Taman Baroda bagi bahagian Merbok, K. Somasundaram dipecat dari parti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ketua pemuda MIC yang mengkritik kepimpinan presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel telah dipecat dari parti serta-merta. 

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri KS Nijhar berkata, ketua pemuda cawangan Taman Baroda dari bahagian Merbok, K. Somasundaram dipecat dari parti berikutan kritikannya terhadap parti. 

"Kenyataan beliau telah mencemarkan nama presiden dan parti," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata, Somasundaram telah memberi amaran beberapa kali disebabkan kenyataannya kepada media tetapi ia tidak dipedulikan.

"Jawatankuasa disiplin memantau kenyataan beliau sejak beberapa minggu lalu tetapi beliau semakin keterlaluan. Kenyataan beliau pada 17 Mac dan 3 Mei lalu merupakan kenyataan melampau yang terakhir yang dibuat," kata Nijhar.

Dalam kenyataan itu, Somasundaram mengkritik Palanivel kerana tidak cekap dalam mencalonkan empat senator untuk parti dan mendesak pemimpin itu supaya meletakkan jawatan kerana kegagalannya bagi mendapatkan empat tempat buat parti.

Nijhar berkata, perlembagaan parti membenarkan jawatankuasa untuk memecat anggota parti secara langsung walaupun sebelum ini keputusan jawatankuasa itu disokong oleh jawatankuasa kerja pusat parti, yang bertindak dalam membuat keputusan.

Pada Mac lalu, jawatankuasa itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Datuk S. Vell Paari tetapi ia ditarik balik selepas Palanivel melantik beliau sebagao pengarah strategik parti.

Somasundaram ketika dihubungi berkata, beliau masih tidak tahu mengenai pemecatan itu.

"Saya hanya mendapat tahu mengenainya daripada media. Adakah ini cara parti mentadbir? Mereka perlu melakukannya secara baik dengan memaklumkan kepada anggota parti terlebih dahulu," katanya sambil menambah bahawa beliau akan terus menyuarakan tentang masalah dalaman parti.

Tags / Kata Kunci: MIC , K. S. Nijhar , Somasundaram , Palanivel

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan