Adun Terengganu Jumpa PM Malam Ini, PAS Desak Bubar DUN

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada malam Selasa.

Sumber memberitahu semua wakil rakyat BN negeri kini dalam perjalanan ke pusat pentadbiran negara untuk menghadiri pertemuan itu.

"Semua wakil rakyat diarahkan hadir pada mesyuarat malam ini (Selasa).

"Mesyuarat itu khusus untuk membincangkan krisis politik yang melanda Terengganu ketika ini," katanya.

Sumber itu berkata, perbincangan itu akan meneliti pelbagai cadangan termasuk kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menangani masalah dalam negeri itu.

Dalam perkembangan sama, mesyuarat khas PAS Terengganu memutuskan untuk mendesak supaya DUN Terengganu dibubarkan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat berkata langkah itu bagi membolehkan proses pemilihan barisan kepimpinan negeri dikembalikan kepada rakyat.

Terengganu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar pada Isnin, selain turut mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas bagi kerusi Kijal.

Turut mengikut jejak Ahmad ialah Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Berikutan perkembangan terbaharu itu, BN kini mempunyai 14 daripada 32 kerusi DUN Terengganu, PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan