Pembangkang Bimbang PM Gagalkan Usaha Tadbir Terengganu

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Campur tangan kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam kemelut politik Terengganu membimbangkan pembangkang kerana menganggap ia boleh menggagalkan hasrat Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berkenaan.

Berikutan itu, Lim Kit Siang tanpa berselindung dan awal-awal lagi memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak berbuat demikian.

Ternyata, kata-kata Penasihat DAP itu menunjukkan sisi kebimbangan pembangkang yang ketika ini memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk satu kerusi yang sumbangkan Parti Keadilan Rakyat, berbanding 14 milik BN, serta Bebas (3).

"Jangan campur tangan atau guna helah untuk mengubah keadaan sama seperti yang dilakukan di Perak pada 2009," katanya ketika mengiringi calon DAP, Ramkarpal Singh Deo bertemu penduduk dan peniaga di Pasar Pekan Air Itam, pagi Selasa.

Jelas Kit Siang, Pakatan Rakyat berkemungkinan membentuk kerajaan baharu di Terengganu kerana mempunyai 15 kerusi berbanding 14 kerusi yang dimenangi Umno.

"Serahkanlah mandat kepada rakyat untuk memilih semula kepimpinan negeri itu sejajar dengan senario politik semasa kini," katanya.

Beliau berpendapat, Pilihan Raya Negeri adalah penyelesaian terbaik kemelut politik di Terengganu berikutan peletakan jawatan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sejak Isnin.

Krisis politik di Terengganu tercetus apabila bekas Menteri Besarnya, Ahmad Said dan dua lagi Adun Umno, Ghazali Taib (Adun Ajil) dan Roslee Daud (Adun Bukit Besi) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.



Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , Terengganu , BN , PAS , DUN

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan