Krisis Politik Terengganu: DUN Belum Bubar

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setakat pukul 1 petang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu belum dibubarkan.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua DUN berkenaan, Mohd Zubir Embong yang menafikan khabar angin yang disebarkan di laman sosial.

Sehingga kini, prosedur utama adalah menteri besar perlu menghadap dan mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bagaimanapun, perkara itu belum berlaku.

Spekulasi mengenai kedudukan negeri berkenaan tersebar susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu mengumumkan keluar Umno meletakkan kerajaan negeri berkenaan di persimpangan sama ada  Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 11 kerusi milik Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Satiful Bahri Mamat  berkata, pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangan yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang diambil.

"Insya-Allah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Satiful Bahri berkata, bagi pihak pemimpin PAS, beliau berharap semua pihak bertenang dan bersabar.

Bagaimanapun, difahamkan PAS Terengganu memutuskan supaya Menteri Besar Baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyerah kepada rakyat untuk memilih semula kepemimpinan negeri.

Sehubungan itu, dicadangkan supaya Ahmad Razif dan ketua pembangkang negeri, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Adun Wakaf Mempelam memohon perkenan Sultan Terengganu untuk membubarkan DUN.

Menurut sumber, PAS sedang berurusan dengan kerabat diraja Terengganu yang juga ahli PAS meminta supaya pemilihan secara demokrasi dilaksanakan di negeri berkenaan.

"PAS tidak mahu Adun Umno lompat parti atau menjadi wakil rakyat Bebas, sebaliknya menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.

Mengulas isu sama, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dikatakan mengeluarkan kenyataan kepada Bernama memaklumkan setakat ini BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 ahli dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Ternyata, keputusan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Roslee Daud yang juga Adun Bukit Besi untuk menjadi wakil rakyat Bebas bakal mengubah senario politik negeri itu.

Tentu sekali kemelut ini memberi tamparan hebat kepada Ahmad Razif yang kurang 24 jam mengangkat sumpah jawatan itu.

Difahamkan, beberapa Adun Umno yang juga penyokong setia Ahmad Said akan mengumumkan keluar Umno dalam masa terdekat.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan