Ramkarpal Pilih Kedai Kopi Kegemaran Bapa Untuk Dekati Pengundi

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 5:16 PM

Ramkarpal beramah mesra dengan pengundi di sebuah kedai kopi di Air Itam.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo akan meneruskan tradisi mendiang bapanya yang menamatkan sesi bertemu rakyat dengan mengadakan sidang media di Kedai Kopi Ju Huat, Air Itam di sini.

Kedai Kopi berkenaan diusahakan pasangan Tan Bek Chooi, 50 dan Law Gueh Kheng, 45, sejak 12 tahun lalu.

"Biasanya bapa saya akan memesan kopi kegemarannya di kedai ini selepas bertemu penduduk kampung pada hujung minggu dan hal yang sama akan saya lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu penduduk dan peniaga di Pasar Pekan Air Itam di sini, pagi Selasa.

Menurut Ramkarpal, tempat itu juga menjadi pilihan bapanya bersarapan pagi sebelum mengadakan sidang media sejak menjadi wakil rakyat pada 2008.

"Bapa saya selesa dan suka bersarapan di sini. Jadi saya harap memori indah itu dapat diteruskan jika saya diberi peluang menjadi wakil rakyat di Bukit Gelugor," katanya.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan di Gua Tempurung pada 17 April lalu.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan