Inti Pati Laporan Tahunan Program Tranformasi Ekonomi 2013

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

* Malaysia mungkin mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih awal daripada 2020;

* Program Transformasi Ekonomi (ETP) mengekalkan momentum kukuh sejak tiga tahun lepas, membantu ekonomi berkembang sebanyak 4.7 peratus pada 2013;

* Pada 2013 sahaja, ETP menyumbang RM7.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 29,373 pekerjaan baharu dan menjana RM8 bilion nilai pelaburan;

* Sebahagian besar daya tahan ekonomi Malaysia dipacu oleh pelaburan sektor swasta yang menyumbang hampir kepada 60.9 peratus jumlah pelaburan.

* ETP mendorong kepada pasaran modal yang cergas. FTSE-KLCI mencecah paras tertinggi sebanyak 66 kali dalam tempoh tiga tahun dan mencapai rekod tertinggi pada 1,873 mata pada 30 Dis 2013;

* Rundingan sedang dijalankan untuk memperoleh perkhidmatan peralatan asal terkenal bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan & baik pulih (MRO) bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab MRO serantau yang kompetitif & 

* Empat lagi projek ikonik besar - Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh & Pusat Pameran Matrade, yang dikenal pasti di bawah inisiatif "Carve Out & Compete" tahun ini, dengan sebanyak 40 peratus daripada kerja-kerja akan dianugerahkan kepada firma Bumiputera;

* Kajian impak Ekonomi mengenai program pembangunan tanah untuk Sungai Nadi Kehidupan Projek (ROL) bermula pada 2014 untuk mendapatkan balik perbelanjaan bernilai RM4 Bilion;

* Petronas & Petronas Gas akan terus menyokong Suruhanjaya Tenaga dalam membangunkan rangka kerja pengawalseliaan untuk memudahkan akses Pihak Ketiga (TPA);

* Inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan defisit fiskal dijangka membuahkan hasil dengan defisit menurun kepada 3.5 peratus tahun ini daripada 4.0 peratus tahun lepas;

* Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf 500 kedai runcit melalui Program Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR) tahun ini;

* Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan Kerajaan S'pura untuk menjalin perjanjian Sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-S'pura tahun ini dan kajian teknikal;

* Kerajaan berjaya melepaskan pegangan dalam 23 syarikat pada November 2013 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan peranannya dalam perniagaan secara beransur-ansur;

* National Instruments Academy dan Nucleus Innovation (NI-AIN) akan mengembangkan kemudahan kepada Iskandar Malaysia dan Sarawak untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan PKS;

* Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang diperkenal tahun lepas untuk terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab global bagi kewangan Islam;

* Malaysia kini menguasai dua pertiga terbitan sukuk global;

* Kerajaan memperuntukkan RM28 juta tambahan untuk permohonan baharu pekebun kecil persendirian untuk menjalankan penanaman semula dan penanaman baharu kelapa sawit dengan keseluruhan 2014 penunjuk prestasi utama sasaran (KPI) sebanyak 35,000 hektar;


* Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk terus meningkatkan kesedaran mengenai Pelan strategik Industri Pembinaan Kapal dan Pembaikan Kapal Malaysia 2020 untuk pemegang kepentingan dan menghasilkan cadangan strategik untuk menyelaraskan pembangunan industri dengan aspirasi negara.

* Pada 2013, pelaburan swasta mencecah RM161.1 bilion, melepasi sasarannya sebanyak RM148.4 bilion, atau peningkatan 8.6 peratus.

* Kadar pekerjaan, meliputi sektor dalam Bidang Ekonomi Negara (NKEA)
mewujudkan sejumlah 1.3 juta pekerjaan tambahan bernilai tinggi sejak tiga tahun lepas.
 

* Berdasarkan data Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Mac 2014, gaji melebihi RM2,000 mencecah 52 peratus pekerja Malaysia dalam negara, meningkat lapan peratus daripada 44 peratus pada 2009.

* Penggunaan swasta berkembang 7.6 peratus pada 2013, berbanding 6.9 peratus pada 2010 disokong kedudukan pasaran buruh yang sihat dan pertumbuhan pendapatan yang mampan.

* Penggunaan swasta kini menyumbang 51.2 peratus kepada KDNK, dalam kedudukan yang baik untuk mencecah 60 peratus KDNK menjelang 2020.

* Hasil kerajaan meningkat 38.1 peratus kepada RM220.4 bilion pada 2013 berbanding RM158.6 bilion pada 2010 hasil daripada kecekapan kutuipan cukai dan asas percukaian yang luas
 
* Pada 2014, hasil kerajaan dijangka mencecah RM224.1 bilion.

Tags / Kata Kunci: ETP

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan