Krisis Politik Terengganu: Pemimpin Umno Minta Ahli, Rakyat Bertenang

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 2:45 PM

Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin antara kepemimpinan tertinggi Umno yang meminta supaya rakyat, terutama ahli parti itu bertenang berikutan kemelut politik yang melanda Terengganu.

Timbalan Presiden Umno itu mahu rakyat Terengganu bertenang dan bersabar berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

"Salam... saya berharap rakyat Terengganu dapat bertenang dan bersabar, insyaAllah kita akan dapat jalankan yang terbaik untuk selesaikan kemelut ini," katanya menerusi tulisannya di Twitter pada Selasa.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menulis di Twitter meminta supaya semua pihak semua sabar dan bertenang dalam menghadapi situasi itu.

"Kita minta semua sabar dan tenang dan rapatkan barisan . Insyallah semua ok," katanya di Twitter.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berpesan kepada ahli parti untuk terus memperjuangkan Umno.

"Jangan tunggu Umno membela kita, tetapi kita yang perlu membela dan memperjuangkan Umno," katanya menerusi tulisannya di Twitter.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga meminta pemimpin dan ahli parti bertenang berikutan krisis politik terbaharu di Terengganu. 

Beliau yakin dari segi Perlembagaan, kerajaan BN masih kerajaan yang sah dan masih memerintah negeri berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak mendengar khabar angin sebaliknya menunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana dan Speaker DUN.

"Saya minta semua bertenang kerana kita perlukan penjelasan. Saya pasti ada orang akan ambil kesempatan untuk lemahkan BN dan UMNO," katanya.

Sehingga pati tadi, tiga Adun BN iaitu bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Adun Ajil, Ghazali Taib dan terbaharu, Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno.

Keputusan Ahmad itu hanya beberapa jam selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan tempatnya diganti oleh Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Terkini, daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, BN mempunyai 14 kerusi DUN termasuk 11 kerusi Umno, manakala Pakatan Rakyat mendapat 15 kerusi iaitu lebih satu kerusi apabila PAS memiliki 14 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan satu kerusi.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan