GTP2.0 Lepasi Sasaran Keseluruhan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 berjaya mencapai kejayaan 104 peratus daripada sasaran keseluruhan pada 2013 dengan keberhasilan ketara dalam pengupayaan ekonomi individu dan masyarakat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata piawaian tinggi telah diletakkan kepada inisiatif GTP 2.0 yang telah mencabar pasukan pelaksanaan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) berbanding keberhasilan GTP 1.0. 
 
"Pendek kata dengan meletakkan sasaran-sasaran yang di luar kelaziman maka barulah kita akan terus mencipta kejayaan dan mengekalkan momentum transformasi," katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam ini.

Najib berkata fakta kejayaan itu boleh dilihat melalui pelbagai manfaat besar yang telah dinikmati rakyat, termasuk melalui pemberian tambahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.91 bilion, telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 4.8 juta isi rumah berpendapatan rendah.

Di bawah NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga hampir dua juta individu bujang berumur 21 tahun menerima manfaat apabila kerajaan memperluas skop pemberian BR1M kepada golongan itu yang melibatkan peruntukan RM500 juta, kata Najib.

Fasa kedua GTP 2.0 juga menyaksikan seramai 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta 5.2 juta orang pelajar sekolah menengah dan rendah dibantu melalui pemberian Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 dan RM100 setiap seorang. 
 
"Bagi mengurangkan beban golongan individu dan para peniaga, kerajaan telah menambah sejumlah 40 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), menjadikan keseluruhan 125 buah yang diyakini boleh membantu kumpulan rakyat terbanyak," katanya. 

Sementara kewujudan 254 Klinik 1Malaysia telah meningkatkan akses rawatan perubatan asas kepada masyarakat, dan dengan kos RM1 setiap pesakit, ia telah berjaya menangani lebih 10 juta kes kesihatan sejak dilancarkan pada 2010, kata perdana menteri.

Najib berkata kerajaan dalam fasa ini turut menitik berat soal perumahan dengan sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan tahun ini bagi membina 133,000 unit rumah mampu milik yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Tags / Kata Kunci: GTP , Najib Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan