Anwar, Azizah Terlibat Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di sini, Selasa malam.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menemani Anwar dan Azizah di Hospital Pakar Damansara.


Tambah beliau, Wan Azizah yang juga Presiden PKR turut disahkan selamat.

Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.
Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Wan Azizah Wan Ismail

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan