SPRM Antara 10 Badan Pencegahan Rasuah Terbaik Dunia

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 3:31 PM

Alan Doig

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disenaraikan antara 10 badan pencegahan rasuah terbaik di dunia oleh Penyelaras Program dan Aktiviti Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA), Profesor Alan Doig.

Doig yang juga Profesor Pelawat Newcastle Business School, Northumbria University berkata, pengiktirfan itu diberikan berdasarkan usaha pencegahan rasuah secara efektif yang dijalankan oleh SPRM.

Menurutnya, SPRM bukan sahaja berupaya melaksanakan pembaharuan yang diharapkan dengan berkesan, malah berupaya memahami dan mendengar kehendak rakyat.

"Saya boleh katakan Malaysia berada dalam 10 negara (mempunyai agensi pencegahan) terbaik... atau dalam lingkungan lima peratus negara (agensi) terbaik," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan Modul Penguatkuasaan program Sarjana Pengajian Pencegahan Rasuah (MACS) di sini, Isnin.

Doig yang berpengalaman lebih tiga dekad memantau usaha pencegahan rasuah memberitahu, sejak dibentuk sebagai suruhanjaya, SPRM berjaya menjalankan program transformasi meliputi operasi, modal insan dan pencegahan.

"Banyak negara tidak dapat melaksanakan transformasi dan pembaharuan sepanjang masa. Saya dapat melihat SPRM berjaya dalam aspek ini... ada program yang berkesan, ada kepimpinan yang baik, boleh memahami keperluan masyarakat dan tenaga kerja," ujarnya.

Pada masa sama Doig menyifatkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai sebuah akademi yang komprehensif dan menyeluruh yang menyentuh pelbagai bidang seperti bidang operasi, siasatan, pencegahan, modal insan dan banyak lagi yang tidak ditawarkan oleh badan pencegah rasuah di negara lain.

Menurut Doig lagi, program sarjana yang ditawarkan oleh IACA adalah berbeza daripada beberapa program sarjana yang ditawarkan pihak lain kerana pendekatan yang digunakan adalah lebih holistik.

"Latihan yang diberikan ini akan menyediakan penuntut dengan set kemahiran yang lengkap dalam memahami dan menyumbang ke arah pembasmian rasuah, di samping langkah-langkah pencegahan yang efektif, yang boleh diaplikasi di negara pelajar," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan