PRK Bukit Gelugor: Empat Sah Bertanding

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 10:46 AM

Calon PRK Bukit Gelugor dari kiri, Gheng Guan, Mohamed Nabi Bux, Ramkarpal dan Abu Backer Sidek di Dewan Sri Pinang, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PC) dan dua calon Bebas.

Calon yang bertanding adalah Ramkarpal Singh, 38 (DAP); Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, 53; ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63 dan peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46.

Pencalonan seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Khoon dari parti yang baharu ditubuhkan, Penang Front Party (PFP) ditolak kerana gagal menyerahkan wang deposit sebanyak RM10,000, manakala pengusaha inap desa, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 gagal menyerahkan borang apabila pencadangnya tidak muncul hingga tempoh pencalonan tamat.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P51, Kapten (B) Anuar Yahya berkata, empat calon menghantar borang pencalonan dalam tempoh sejam yang ditetapkan di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang, pagi Isnin.

"Saya telah terima kertas pencalonan dari empat orang calon sepanjang proses penamaan calon," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman senarai calon bertanding selepas selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi Isnin.

Proses penamaan calon dibuka selama sejam bermula pukul 9 pagi Isnin.

Proses penamaan calon berjalan lancar dengan Huan (PCM) menjadi individu pertama menyerahkan borang iaitu pada pukul 9.01 pagi disusuli Mohamed Nabi  yang bertanding menggunakan simbol bunga menyerahkan borang kira-kira seminit kemudian.

Ramkarpal tiba di perkarangan pusat mengundi diiringi ibu dan ahli keluarganya serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Beliau menyerahkan borang pada pukul 9.38 pagi.

Seorang lagi calon bebas, Abu Backer menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.41 pagi.

Beliau akan bertanding menggunakan simbol kuda.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal, 74, yang juga penyandang kerusi itu dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.

Pasukan polis mengawal ketat di sekitar kawasan Dewan Sri Pinang di sini, lokasi di mana proses penamaan calon berlangsung.

Penyokong pelbagai parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mula memenuhi kawasan berhampiran dewan berkenaan seawal jam 8 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.15 pagi untuk melakukan pemantauan.

Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.


Tags / Kata Kunci: PRK Bukit Gelugor , Dewan Sri Pinang , polis , SPR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan