Krisis MAS: Kesatuan Mahu Kerajaan Campur Tangan

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 8:26 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan perlu campur tangan bagi membantu menyelesaikan kemelut dalaman antara pihak pengurusan dan kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), demikian menurut Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu).

Setiausaha Eksekutifnya, Mohd Jabarullah Abdul Kadir, mendakwa pengurusan tertinggi syarikat penerbangan negara itu gagal menyelesaikan masalah sehingga mengakibatkan kira-kira 300 kakitangannya meletak jawatan dalam tempoh dua tahun.

"Kami mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bantu kami dan bertemu dengan kesatuan pekerja bagi menjelaskan kepada kami mengenai kedudukan sebenar disebalik operasi harian MAS," katanya.

Dilaporkan bahawa kerugian bersih MAS telah meningkat kepada RM1.17 bilion tahun lalu daripada RM432.59 juta pada tahun sebelumnya walaupun jualannya meningkat sebanyak 9.92 peratus kepada RM15.12 bilion berbanding RM13.76 bilion, iaitu lebih tinggi daripada RM14.76 bilion yang dianggarkan oleh penganalisis.

Selain itu Mohd Jabarullah berkata kakitangan syarikat kini berhadapan tekanan, selain tidak bersetuju dengan cara pengurusan syarikat terutama dalam menangani kebajikan mereka.

Bagaimanapun katanya, kewujudan kesatuan bukan penghalang kepada perancangan syarikat, sebaliknya mahu bersama membangunkan syarikat dan aspek ini seharusnya diketahui pelabur serta pihak yang berurusan dengan syarikat.

"Bagaimanapun, kakitangan MAS kesal apabila prestasi syarikat semakin menurun walaupun mereka terpaksa bekerja berlipat ganda untuk manfaat syarikat.

"Semuanya berlaku sejak tiga tahun lalu apabila pengurusan tertinggi yang dilantik menerajui syarikat tidak berpengalaman dalam bidang penerbangan hingga menimbulkan pelbagai masalah dan paling menyedihkan apabila kebajikan kakitangan terabai hingga ada yang menganggap MAS bukan lagi majikan yang dapat menjaga kebajikan mereka, bukan lagi tempat yang sesuai untuk bergantung nasib," katanya.

Sumber memberitahu mStar Online bahawa MAS mengalami kerugian mencecah RM30 juta daripada segi kos latihan kakitangan kru kabin apabila kira-kira 300 kakitangannya meletak jawatan dalam tempoh dua tahun. 

Beliau menyifatkan peletakan jawatan seramai 120 juruteknik pesawat, 40 kakitangan kejuruteraan di lapangan terbang, 80 kru kabin dan 30 juruterbang berpunca daripada tekanan kerja selain menerima tawaran yang lebih baik di tempat lain.

Difahamkan bahawa kakitangan itu meletak jawatan selepas dilatih sepenuhnya oleh MAS.
Tags / Kata Kunci: MAS , Maseu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan