OIC Lantik Syed Hamid Duta Khas Ke Myanmar

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 12:32 PM

Syed Hamid Albar

(Ubah saiz teks)

Jeddah: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Iyad Amin Madani telah melantik bekas Menteri Luar Malaysia Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai duta khas OIC ke Myanmar.

Bahagian media OIC melaporkan bahawa Syed Hamid akan memainkan peranan dalam mengukuhkan usaha-usaha diplomatik antara OIC dan pihak berkuasa Myanmar serta negara-negara serantau dan antarabangsa yang lain.

Ini penting dalam menggalakkan keamanan dan mengembalikan keharmonian kaum, khasnya antara penduduk bukan Islam dan Islam, di negara itu melalui proses dialog komprehensif.

Menurut Iyad, beliau yakin Syed Hamid akan menggunakan segala kemampuan dan kebolehan serta pengalaman beliau yang luas dalam melaksanakan misinya.

Tags / Kata Kunci: OIC , Myanmar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan