15,700 Jururawat Baharu Akan Ditambah

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 15,700 jururawat baharu akan diambil secara berperingkat bagi menambah bilangan mereka yang masih berkurangan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata sebanyak 2,861 jururawat lepasan kolej swasta telah dilantik Januari lalu, 111 lepasan institusi pengajian tinggi swasta serta 1,065 orang lepasan Kolej Kementerian Kesihatan pada Februari.

Sebanyak 5,000 orang diambil tahun lepas, katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di sini, Isnin.

Beliau berkata kerajaan juga menambah masing-masing satu jawatan jururawat bagi gred U54 dan U52, 10 jawatan untuk gred U48 dan 23 jawatan untuk gred U44.

Katanya selain memberikan latihan yang mencukupi kepada gologan jururawat, kementerian juga akan mengkaji untuk menambah bilangan pakaian seragam jururawat kepada lima pasang daripada tiga pasang setahun.

Dr Subramaniam berkata elaun mengupah menjahit pakaian seragam yang sebelum ini dibayar balik berdasarkan bayaran yang tercatit dalam resit, kini akan dibayar sepenuhnya melalui gaji mereka, sementara kementerian turut sedang mengkaji pembayaran tuntutan bayaran balik bagi pembelian kasut juga melalui gaji.

Beliau berkata negara kini mempunyai 117,305 orang jururawat dengan 80,055 orang daripada sektor awam.

"Kini nisbah seorang jururawat adalah untuk 375 penduduk dan kita sedang berusaha secara berfasa supaya selepas ini nisbahnya bertambah kepada 1:300, 1:250 dan 1:200," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kementerian Kesihatan Malaysia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan