JPP Belum Terima Dakwaan Abdul Khalid 'Suap' Pengundi

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tidak menerima sebarang aduan berhubung penggunaan politik wang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kejadian itu telah dihebohkan sejak semalam oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin berkata, sehingga kini tiada dakwaan khusus melibatkan calon timbalan presiden PKR itu dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Manikavasagam.

"Kita tidak terima dakwaan rasuah politik membabitkan Tan Sri Abdul Khalid sehingga kini (sidang media diadakan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Dalam proses pemilihan PKR di Selangor yang berlangsung dengan kekecohan pada Ahad, Manikavasagam yang bertanding jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram yang melibatkan pesaingnya iaitu Abdul Khalid.

Selain membuat dakwaan tersebut, Manikavasagam turut berkata akan mendedahkan bukti yang ada padanya dalam masa terdekat.

Beliau mendakwa Abdul Khalid  memberi suapan hingga RM50 bagi setiap pengundi untuk memilihnya dalam saingan bagi dua jawatan.


Tags / Kata Kunci: PKR , Kuala Selangor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan