Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 2:14 PM

Azmin (kanan) merasmikan Bilik Gerakan PKR Parlimen Bukit Gelugor, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipenuhi dengan pelbagai insiden termasuk dakwaan politik wang dan manipulasi undi meletakkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu di kedudukan yang rapuh.

Terkini, Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali membidas jawatankuasa itu dengan menyifatkan ia gagal menguruskan proses pemilihan parti itu dengan berkesan.

Sehubungan itu, beliau yang turut diheret dalam kemelut dalaman parti ketika ini menyarankan supaya unit khas ditubuhkan untuk memantau secara lebih telus proses pemilihan parti.

"Saya lihat JPP gagal melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, saya telah cadangkan supaya parti membentuk satu unit tetap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan pegawai dan kakitangan terlatih untuk menjalankan pemilihan yang bebas dan telus, bukan dibentuk secara ad-hoc seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran bilik gerakan PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PKR) Bukit Gelugor di sini, Isnin.

Turut hadir, calon DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo; Exco Negeri Pulau Pinang Jagdeep Singh dan Pengarah Pilihan Raya PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Jelas Azmin yang juga Ahli Parlimen  Gombak, perkara itu bagaimanapun masih dalam perbincangan kepimpinan pusat dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya sama ada ianya perlu terdiri daripada kalangan ahli parti atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

"Ada baiknya kalau ianya terdiri daripada kalangan profesional dan terlatih bagi melicinkan proses pemilihan yang bersih dan adil," katanya.

Diminta mengulas mengenai insiden kekecohan dan pembatalan keputusan  pemilihan di beberapa cabang parti di Selangor, Azmin berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan perkara itu kepada JPP untuk tindakan susulan.

"Perkara itu (sabotaj undi) hanya spekulasi. Kita kena lihat dari sudut positif, satu anggota satu undi. Kita kena terima sistem pemilihan baharu di dalam parti," katanya.


Tags / Kata Kunci: JPP , PKR , Mohamed Azmin Ali , unit khas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan