Jangan Pesong Fakta Cukai Barangan & Perkhidmatan - Najib

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 9:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fakta mengenai cukai barang dan perkhidmatan (CBP) walhal pada hakikatnya cukai baru itu akan meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat.

Najib berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan sistem cukai baru itu kerana kebanyakan barangan keperluan dan perkhidmatan asas harian tidak akan dikenakan CBP.
 
"Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, keretapi, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu," katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini.

Cukai tersebut, bakal dilaksanakan pada kadar enam peratus pada 1 April 2015, akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

Beliau berkata cukai tersebut merupakan satu sistem pencukaian yang lebih sistematik dan berasaskan jumlah pembelian barangan seharian. 

Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa mendengar maklum balas dari rakyat tentang keputusan melaksanakan CBP ini.
 
"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyebarluaskan fakta yang benar mengenai CBP melalui penganjuran seminar dengan memanggil pelbagai pihak, terutama daripada negara-negara yang telah berjaya dalam cukai ini, supaya rakyat dapat kefahaman yang sebenar dan sahih," katanya.

Beliau berkata Malaysia masih berada di landasan pembangunan yang tepat meskipun selama empat tahun kebelakangan ini berhadapan dengan cabaran ekonomi domestik dan ketidaktentuan ekonomi global.

Kerajaan juga memberi fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan usahawan wanita negara ini melalui usaha melatih dan membangunkan mereka di bawah bidang kuasa Bidang Keberhasilan Utama Negara.
 
"Peluang ini disediakan untuk mereka menceburi bidang-bidang seperti pertanian, perkhidmatan, perikanan, perkilangan, keluarga dan perniagaan.
 
"Dalam konteks ini usahawan wanita merujuk kepada mereka yang memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM3,500 sebulan bagi tempoh tiga bulan secara berturut-turut. Sehingga kini, sebanyak 5,300 usahawan wanita terlatih telah dilahirkan," katanya.


Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan