PRK Bukit Gelugor: 2 Gagal Jadi Calon

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 2:25 PM

Yacoob gagal bertanding kerana pencadangnya tidak hadir pada hari penamaan calon, pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua calon Bebas yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor akhirnya berputih mata apabila hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kelewatan menyerahkan borang pencalonan, gagal mengemukakan wang deposit RM10,000 dan masalah pencadang yang tidak muncul antara punca kedua-duanya gagal menjadi calon pada PRK yang akan berlangsung 25 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pencalonan Lim Chee Khoon dari parti baharu, Penang Front Party (PFP) ditolak kerana  lewat menyerahkan borang pencalonannya.

Malah, Lim juga tidak menyerahkan wang deposit sebanyak RM10,000 seperti mana syarat untuk setiap calon yang bertanding.

"Dia datang untuk serah borang tetapi sudah melebihi tempoh masa ditetapkan. Dia juga tidak menyediakan wang deposit untuk melayakkannya bertanding," kata Abdul Aziz.

Selain itu, seorang lagi calon Bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 pula tidak dapat bertanding kerana pencadangnya tidak muncul di pusat penamaan calon seperti dijanjikan.

Mohd Yacoob yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang sebelum ini mengesahkan kesediaan untuk bertanding kerusi P51.

Pada Pilihan Raya Umun (PRK-13), Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di Dewan Umdangan Negeri (DUN) Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP, Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional, Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi.

Mengulas mengenai peraturan kempen, Abdul Aziz berkata, hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan untuk berkempen menggunakan bendera parti.

"Jangan ada bendera PKR dan PAS untuk tujuan kempen, hanya bendera calon yang bertanding dibenarkan. Bagi calon bebas, mereka perlu menggunakan simbol Bunga Raya dan Kuda yang ditetapkan oleh SPR," katanya.

Ketika ditanya sekiranya terdapat laporan ada calon yang didapati melanggar peraturan kempen, Abdul Aziz berkata perkara itu akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan terperinci.

Katanya, calon yang bertanding diberikan tempoh berkempen selama 11 hari yang akan tamat tengah malam 24 Mei ini.

Tags / Kata Kunci: Bebas , PRK Bukit Gelugor , SPR , PFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan