BN Perlu Sedia Hadapi PRK - Najib

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 9:53 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan slogan 'Hidup Umno' pada Sambutan Hari Ulangtahun Umno Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahlinya memberikan komitmen yang tinggi kerana parti itu bakal berhadapan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Kita akan berhadapan dengan satu atau dua PRK tidak lama lagi dan timbalan saya bersama jawatankuasanya sudah bersedia dengan pelbagai strategi.

"Kita bakal berhadapan dengan cabaran jangka pendek dan panjang namun jika kita berikan sepenuh kasih sayang dan tanggungjawab terhadap parti, serta semangat yang tinggi dan dedikasi, insyaAllah...saya fikir Umno dan BN akan terus berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Ahad malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Mai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Parlimen Teluk Intan sementara 25 Mei merupakan hari pengundian bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, parti itu kini berhadapan dengan suasana baru dan perlu bersedia melakukan perubahan terhadap kelemahan yang ada.

"Dalam cabaran politik baru hari ini, Umno tidak boleh hanya bertahan dengan sokongan kuat daripada rakyat di luar bandar sebaliknya perlu terus memenangi hati masyarakat di bandar dan pinggir bandar," katanya.
Tags / Kata Kunci: Umno , Barisan Nasional , Najib Tun Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan