PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Bikin Kecoh - Berita Semasa | mStar

PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Bikin Kecoh

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 12:30 PM

Proses penamaan calon kecoh seketika apabila calon Bebas bertengkar dengan penyokong parti bertanding di Dewan Sri Pinang, Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang berjalan lancar sedikit tercemar apabila calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan bertengkar dengan sekumpulan penyokong parti yang bertanding.

Kekecohan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi di Dewan Sri Pinang itu berlaku apabila ada dalam kalangan penyokong beragama Hindu terdengar peguam itu menyebut perkataan 'paria'.

Difahamkan, perkataan itu merujuk kepada pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang banyak menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Berikutan itu, sekumpulan lelaki yang terdengar perkataan sensitif itu bersemuka dengan calon berusia 46 tahun berkenaan dan menuntut Abu Backer memohon maaf secara terbuka.

Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian dan bersedia untuk berdepan sebarang tindakan.

Selepas kira-kira 15 minit, insiden itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian.

Pertandingan empat penjuru itu akan menyaksikan Abu Backer dicabar oleh Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang bertanding atas tiket Bebas.

Abu Backer menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.41 pagi dan akan bertanding menggunakan simbol kuda.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan