Saksi Kongsi Detik Cemas Kejadian Tembak di Restoran

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 12:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi kejadian kes tembak mati di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini awal pagi Sabtu, berkata dia sempat melarikan diri sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Menceritakan detik cemas itu, adik kepada mangsa yang maut dalam kejadian itu berkata, peluru yang dilepaskan suspek juga hampir mengenainya.

S. Vijay, 29, berkata ketika kejadian, dia bersama-sama mendiang abangnya, Saravanan, 38, dan rakan mereka sedang makan di restoran berkenaan.
 
"Seorang lelaki telah menghampiri kami lalu melepaskan tembakan, saya sempat melarikan diri dan lelaki itu cuba menembak saya namun tembakan itu mengenai bahagian dinding kedai," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Menurutnya dia kemudiannya terjatuh ke dalam longkang berhampiran restoran itu, bagaimanapun ketika itu dia sempat melihat keadaan fizikal lelaki yang menembak mereka.
 
"Saya melihat dia bertubuh kurus tinggi dan memakai topi, saya cuba untuk melihat wajahnya namun tidak dapat mengenalinya," katanya.

Vijay berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna perak.
 
"Saya bergegas bangun dan melihat abang saya sudah meninggal dunia akibat terkena tembakan manakala empat yang lain mengalami kecederaan, saya mengangkat mendiang abang ke dalam kereta manakala yang lain dibawa ke HKL dengan menaiki ambulans," katanya.

Menurutnya dia tidak pasti motif sebenar suspek melepaskan tembakan ke arah mereka.
 
"Saya dan mendiang abang ada kedai telefon di Sentul sejak dua setengah tahun lepas," katanya.

Vijay berkata mayat mendiang abangnya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Ampang sejurus selesai bedah siasat dijalankan hari ini di HKL.

Sementara itu, saudara kepada seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Giva berkata, saudaranya yang cedera bekerja sebagai pemandu peribadi dan mempunyai lima anak.
 
"Sebaik saja saya mendapat panggilan daripada anaknya, saya bergegas ke HKL untuk melihat keadaannya, sepanjang saya mengenalinya, dia tidak mempunyai musuh," katanya.
 
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan sebelum ini ketika dihubungi Bernama berkata keenam-keenam mangsa pada ketika itu sedang makan malam di sebuah restoran sebelum dihampiri seorang lelaki yang melepaskan tembakan ke arah mereka dengan menggunakan pistol jenis semi-auto.
 
"Seorang daripada mangsa berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di HKL," katanya dan Zakaria berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membunuh.


Tags / Kata Kunci: saksi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan