PRK Bukit Gelugor: Penamaan Calon Dibuka Jam 9 - 10 Pagi

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 3:18 PM

Dewan Sri Pinang yang akan dibuka selama satu jam bagi proses penamaan calon di Bukit Gelugor pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Bukit Gelugor (P.051) di Dewan Sri Pinang di sini akan dibuka pada  pukul 9 pagi Isnin.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri, Mohd Faiz Syazwan Zainal Abidin berkata, pusat penamaan calon akan dibuka selama satu jam, sebelum ditutup pada 10 pagi.

"Tempoh selama sejam akan diberikan kepada individu yang ingin mendaftar sebagai calon," katanya ketika ditemui mStar Online di Dewan Sri Pinang di sini pada Ahad.

Mohd Faiz berkata, bagi calon yang ingin bertanding, mereka perlu mempunyai seorang pencadang yang merupakan pemilih berdaftar di kawasan tersebut.

"Kita akan semak status mereka sebaik saja kertas pencalonan diserahkan. Kalau mereka diisytiharkan muflis atau gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya, calon tidak akan dibenarkan bertanding," katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan pusat penamaan calon, Mohd  Faiz berkata,  segalanya berjalan dengan lancar dan hampir siap sepenuhnya untuk digunakan pada Isnin.

"Insya Allah pusat tersebut sudah sedia untuk digunakan esok (Isnin). Kita ada kira-kira 50 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertungkus-lumus untuk melakukan persiapan pada PRK ini," katanya.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor diisytiharkan kosong selepas penyandangnya, Karpal Singh, 74, terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak, bulan lalu.

Berdasarkan senarai daftar pemilih 2013, terdapat 82,042 pengundi dengan 61,112 (Cina), 11,880 (Melayu), 8,660 (India) dan 390 terdiri daripada kaum lain di Bukit Gelugor.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Seri Delima, Paya Terubong dan Air Itam, yang kesemuanya dimenangi calon DAP.

Kebanyakan pengundi di kawasan pilihan raya itu terdiri daripada golongan profesional dan kelas pertengahan, terutamanya dari Minden Heights dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Tags / Kata Kunci: Bukit Gelugor , DAP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan